๐๐๐๐๐ซ ๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ก๐ฐ๐ข๐ง ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฃ๐๐ง๐ ๐ค๐ ๐๐๐ข๐ค ๐๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐๐?
Kuala Lumpur November 2023, Tidak dapat dinafikan peningkatan kos bahan mentah, tarif elektrik, penyewaan premis dan bahan bakar antara faktor terbesar yang menyumbang kepada kos sara hidup yang tidak dielakkan dan golongan B40 adalah paling ramai yang terkesan.
Industri perkahwinan selepas pkp antara industri yang paling terkesan selepas melalui tempoh pkp dimana tempahan untuk sewaan dewan, catering, pelamin telah merosot secara mendadak dan ada yang terpaksa mengulang tikar dan trend anak-anak muda sekarang lebih cenderung untuk memilih ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ก๐ฐ๐ข๐ง๐๐ง ๐ฉ๐ค๐ฉ untuk membuat perkahwinan secara sedarhana yang hanya melibatkan ahli keluarga, saudara mara dan kenalan terdekat sahaja. Ini secara tak langsung menjimatkan kos dan mengurangkan bebanan bakal pengantin dalam membuat persediaan majlis perkahwinan mereka.
Baru baru ini, pada 30-31 Oktober 2023, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis standard penarafan pusat-pusat kursus praperkahwinan wilayah Persekutuan yang berlangsung di Avillion Admiral Cove, Port Diskson, pada majlis ini pihak jawi telah menyampaikan amanat dan amanah serta memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pusat-pusat praperkahwinan wilayah Persekutuan mengikut prestasi sepanjang 2022 hingga 2023.
Pada Majlis tersebut, Komuniti gabungan pusat-pusat kursus praperkahwinan wilayah Persekutuan yang dianggotai 26 pusat kursus telah mengusulkan permohonan kenaikan yuran kursus kahwin akibat dari tekanan dari kenaikan yang mendadak kos makanan, tarif elektrik dan sewaan bangunan, usul ini telah di utarakan dan pihak jawi akan membawa usul ini ke peringkat tertinggi jabatan untuk diperhalusi dan dibincangkan bagi mengelakkan bebanan kepada bakal-bakal pengantin dan pada masa yang sama juga mengurangkan bebanan pusat-pusat kursus praperkahwinan wilayah Persekutuan.
๐๐๐ง๐ ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐ซ๐๐ค๐จ๐, ๐ญ๐๐ซ๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐๐๐๐๐ซ๐๐ฉ๐ ๐ง๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐ฅ๐๐ข๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ ๐ค๐๐ง๐๐ข๐ค๐๐ง ๐ฒ๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐ค๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐ฌ๐๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ข ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐ค๐๐ง๐๐ข๐ค๐๐ง ๐ฒ๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ ๐ค๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ก ๐ค๐๐ง๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐
Bakal-bakal pengantin adalah disarankan untuk mengambil kursus praperkahwinan awal sebelum Ogos 2024 bagi mengelakkan peningkatan kos peningkatan yuran dan bagi yang belum ada tarikh perkahwinan lagi juga boleh mengikuti kursus awal kerana sijil masih sah seumur hidup. Rujuk https://whatsform.com/Kursuskahwinkl
Bagi admin, Rasanya semua pasangan muslim di negara ini pun tahu, ‘Sijil Kursus Kahwin’ ini antara dokumen yang wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak, wajib pergi kursus kahwin ini untuk medapatkan sekeping kertas berharga tersebut selain ilmu rumah tangga yang berlangsung selama 13 jam
Admin percaya pihak terbabit sudah tentu akan menjalankan kajian secukupnya sebelum harga ‘kursus kahwin’ ini dinaikkan dengan mengambil kira bebanan bakal-bakal pengantin dan kos-kos kenaikan yang terpaksa ditanggung oleh pusat-pusat kursus.
Sijil kursus kahwin itu pula adalah kehendak undang-undang negara dan bukannya termaktub dalam hukum agama tapi terpaksa diambil sebab itulah ‘law’ kalau nak bernikah, atas dasar memberi kesedaran kepada anak-anak muda yang bakal melangsungkan perkahwinan bertapa pentingnya ilmu pengurusan rumahtangga, kewangan, kesihatan, pentingnya solat dalam menjamin kesejahteraan sesebuah perkahwinan dan prosedur pernikahan
Jika berlaku kenaikan harga pada tahun 2024 sebanyak RM10 ke RM30 mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi buat bakal pengantin yang tak lena tidur dok memikirkan kos kenduri kendara dan kos selepas nikah sejajar dengan peningkatan kos hidup,dan tidak mustahil adanya yang bakal-bakal pengantin ini ada yang postpone dulu hasrat nak kahwin sebab perkara basic iaitu ambil sijil kursus kahwin dulu pun dirasakan mahal sangat.
Apa pun kepada bakal pengantin, berbelanja la kenduri ikut kesedarhanaan dan kemampuan tidak perlu dibuat secara besar-besaran, yang penting perkara baik dimudahkan dan dihalalkan.
Dan dari admin, kepada bakal-bakal pengantin, berkursus lah segera ..jangan sampai last minit baru nak mecari tempat untuk berkusus kahwin, banyak lagi prosedur selepas kursus kahwin seperti penyediaan borang, hiv test ..persiapkan diri dan segala dokumen agar perjalanan pernikahan anda berjalan lancar dengan hendak-nya
Untuk rujukan dan tempahan boleh klil link dibawah
https://whatsform.com/Kursuskahwinkl
Jom Daftar Kursus sebelum Ogos 2024, sebelum kenaikan yuran baru RM150